Friday, March 9, 2018

Chong Wei, Lin Dan bergabung 'hentam' BWF

PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri) dan pemain China, Lin Dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan BWF memperkenalkan peraturan baharu itu.
PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri) dan pemain China, Lin Dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan BWF memperkenalkan peraturan baharu itu.
Chong Wei, Lin Dan bergabung 'hentam' BWF
Oleh Helmi Talkah
helmi.talkah@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berpendapat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak sepatutnya memperkenalkan peraturan pukulan servis yang baharu pada saingan Seluruh England di Birmingham dari 14 hingga 18 Mac ini.

Pemain nombor dua dunia itu berkata, memandangkan prestij Seluruh England sebagai kejohanan utama dan tertua dunia, adalah lebih elok BWF mengujinya terlebih dahulu di kejohanan yang lebih kecil. 

"Sukar untuk saya komen mengenai perkara ini kerana Seluruh England kali ini adalah kali pertama saya akan melakukan pukulan servis mengikut peraturan baharu. Secara peribadi, BWF sepatutnya menguji dulu peraturan ini di kejohanan lebih kecil dan bukannya kejohanan utama seperti Seluruh England. 

"Berdasarkan keputusan  ini, ia pasti akan menjadi masalah. Pada saya, saya akan cuba buat seperti biasa tetapi jika dikesan melakukan kesalahan, saya akan tanya pengadil servis tentang cara yang betul," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, hari ini.

Peraturan baharu yang diperkenalkan BWF itu menyaksikan pemain perlu memastikan bulu tangkis perlu berada pada ketinggian tidak melebihi 1.15 meter daripada permukaan gelanggang ketika mahu melakukan pukulan servis. 

Sebelum ini BWF menetapkan ia tidak boleh melebihi ketinggian 1.1m. 

Peraturan servis baharu itu yang mula digunakan pada saingan Terbuka Jerman yang sedang berlangsung ketika ini menimbulkan kemarahan dikalangan pemain badminton dunia terutama yang memiliki fizikal lebih tinggi. 

Juara dunia lima kali dari China, Lin Dan antara yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan BWF memperkenalkan peraturan baharu itu. 

Dia yang turut beraksi pada Terbuka Jerman menerusi laman sosialnya berkata: "Bermain dalam kejohanan berbeza lebih sedekad, menjalani latihan selama 30 tahun tetapi tahun ini BWF mahu mengajar semua orang cara melakukan pukulan servis sekali lagi. 

"Peraturan baharu ini bermula pada Terbuka Jerman dan ramai pemain yang tidak berpuas hati, begitu juga saya. Fokus untuk perlawanan tidak lagi terarah kepada pemain kerana pengadil kini boleh mengawal seluruh perlawanan. 

"Pada mulanya saya menganggap peraturan pukulan servis baharu ini akan menggunakan teknologi sebagai sokongan tetapi tidak, keputusan dibuat oleh mata manusia (pengadil). Penggunaan 'Hawk eye' lebih meyakinkan. 

"Saya tidak menyalahkan pengadil kerana itu adalah tugas mereka. Saya cuma terfikir apa yang BWF mahukan? Apa tujuan peraturan baharu ini? Adakah kamu mahu menjadikan badminton lebih baik? 

"Secara jujur, saya merasakan kamu terlalu mahu mengikut sukan tenis tetapi kamu gagal. Apa yang kamu perlukan adalah mendapatkan nasihat daripada pemain profesional dan jurulatih berbanding hanya kamu yang berbincang dan membuat keputusan seperti ini," kata Lin Dan yang juga pemenang emas Olimpik 2008 dan 2012. 

Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak bersetuju dengan peraturan baharu yang diperkenalkan BWF kerana ia menyukarkan dirinya yang mempunyai ketinggian 1.86m. 

"Memang tak setuju, yang lama pun sudah ok. Saya tidak faham apa tujuan BWF membuat peraturan baharu ini. Ia menyukarkan pemain yang lebih tinggi," katanya.

Source : https://www.bharian.com.my

Malaysia kena bel4s4h

PEMAIN Malaysia tewas 2-7 dengan England dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 di Stadium Azlan Shah, Ipoh. - Foto Effendy Rashid
PEMAIN Malaysia tewas 2-7 dengan England dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 di Stadium Azlan Shah, Ipoh. - Foto Effendy Rashid
Malaysia kena belasah
Oleh Azizan Hashim
sukanteam@nstp.com.my

IPOH: Skuad hoki negara mengalami detik paling malang apabila dimalukan dengan kekalahan besar 2-7 kepada England di kejohanan Piala Sultan Azlan Shah sebentar tadi. 

Pasukan Three Lions langsung tidak menunjukkan belas kasihan kepada Malaysia apabila meledak tujuh gol, sebelum membenarkan tuan rumah menjaring dua gol ketika perlawanan berbaki 10 minit melalui Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (m-50) dan Marhan Jalil (52).

Jangkaan awal Malaysia mampu mengulangi persembahan mantap seperti ketika mengejutkan juara Olimpik Rio, Argentina nyata jauh meleset.

Sebaliknya, anak buah Stephen Van Huizen gagal menyekat lawan yang bermain cemerlang untuk mengutip mata penuh sekaligus mara ke final bertemu Australia, malam esok.

Manakala, Malaysia kekal di kedudukan keempat selepas mengutip enam mata dan akan bertemu Argentina untuk penentuan tempat ke-3, petang esok.

Walaupun mendapat sokongan padu 5,000 penyokong, tetapi ia masih tidak dapat membantu menkngkat permainan skuad negara.

Sebaliknya, malapetaka menimpa apabila pintu gol Malaysia bolos tiga kali dalam tempoh lima minit terakhir suku pertama berikutan kelemahan benteng yang menyaksikan Mark Gleghorne meledak gol pertama pada minit ke-10.

Seminit kemudian, Ollie Willars menjadikan kedudukan 2-0, diikuti jaringan Barry Middleton pada minit 15.

England nyata belum berpuas hati dan terus mengamuk apabila anak buah Bobby Crutchley meledak empat gol lagi melalui Middleton (31), Sam Ward (38, 41) dan Willars (48).

Source : https://www.bharian.com.my/

Lelaki rentung di rumah dalam dusun

Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran di sebuah dusun berhampiran Nilai Perdana, Nilai. - Foto ihsan Bomba
Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran di sebuah dusun berhampiran Nilai Perdana, Nilai. - Foto ihsan Bomba
Lelaki rentung di rumah dalam dusun

NILAI: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 50-an mati rentung apabila rumah didiaminya di dalam sebuah dusun berhampiran Nilai Perdana di sini, terbakar petang tadi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.08 petang daripada orang awam berhubung kebakaran sebuah rumah di dalam dusun berkenaan.

Katanya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dengan kekuatan 14 anggota bergegas ke lokasi dan sampai beberapa minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati struktur rumah papan yang terletak di tengah dusun buah-buahan itu sudah terbakar 100 peratus.

Anggota Bomba menjalankan kerja pemadaman api yang membabitkan sebuah rumah berhampiran Nilai Perdana, Nilai. - Foto ihsan Bomba
Anggota Bomba menjalankan kerja pemadaman api yang membabitkan sebuah rumah berhampiran Nilai Perdana, Nilai. - Foto ihsan Bomba
"Ketika mengalihkan bumbung untuk memadamkan kawasan kebakaran, anggota bomba menemukan satu mayat rentung," katanya di sini, hari ini.

Zainal berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Source : https://www.bharian.com.my/

Wanita gagal cubaan bunuh diri

Wanita gagal cubaan bunuh diri

Wanita gagal cubaan bunuh diri
Oleh Norasikin Daineh
norasikin_daineh@nstp.com.my

KOTA KINABALU: Cubaan seorang wanita terjun dari jambatan disyaki untuk membunuh diri gagal apabila sempat diselamatkan oleh orang awam yang berada di jambatan berhampiran sebuah bangunan pusat beli belah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, wanita berusia 38 tahun itu tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) untuk rawatan lanjut.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 petang sebelum seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian.

"Laporan awal mendapati seorang wanita dipercayai cuba terjun dari jambatan untuk membunuh diri.

"Bagaimanapun, tindakan wanita itu berjaya dihalang oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

"Wanita itu kemudian pengsan sebelum dihantar ke hospital," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khatizah berkata, mangsa dihantar menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Source : https://www.bharian.com.my/

Jae-sung meninggal dunia

Jae-sung meninggal dunia

Jae-sung meninggal dunia

SEOUL: Bekas pemain badminton Korea Selatan, Jung Jae-sung yang memenangi pingat gangsa beregu lelaki pada Olimpik London 2012 meninggal dunia pada usia 35 tahun, kata Persatuan Badminton Korea, hari ini. 

Jae-sung ditemui mati oleh isterinya di kediaman mereka, pagi tadi tetapi punca kematian masih belum diketahui kerana bedah siasat hanya akan dijalankan, esok. 

Yonhap News yang memetik pihak polis tempatan berkata, Jae-sung didapati menghidap penyakit arrhythmia tiga tahun lalu dan mengadu mengalami sakit dada. 

Jae-sung yang berpasangan dengan Lee Yong-dae meraih gangsa pada Olimpik London, selepas melakar kemenangan ke atas beregu Malaysia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Kematian pemain yang dianggap antara legenda Korea Selatan ini nyata mengejutkan arena badminton dunia. 

Sementara itu, bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata: "Ini adalah berita sedih. Saya ucapkan takziah kepada isteri dan dua anaknya." - REUTERS

Source : https://www.bharian.com.my/

Filem 'Lee Chong Wei' cipta sejarah

DATUK Lee Chong Wei hadir ketika tayangan perdana filem biografinya terbesar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Salhani Ibrahim
DATUK Lee Chong Wei hadir ketika tayangan perdana filem biografinya terbesar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Salhani Ibrahim
Filem 'Lee Chong Wei' cipta sejarah
Oleh Helmi Talkah
helmi.talkah@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei bukan saja berjaya mencipta nama di pentas dunia secara individu, malah tayangan perdana filem biografinya bertajuk 'Lee Chong Wei' turut melakar sejarah apabila mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records dan Asia Book of Record.

Ia menjadi tayangan perdana terbesar di Malaysia dan Asia dengan kehadiran penonton seramai 20,000 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Bandar Sukan Kuala Lumpur, malam tadi.

Pemain nombor dua dunia, Chong Wei berharap filem biografinya itu yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 15 Mac ini mampu memberi inspirasi kepada pemain muda dalam misi melakar kejayaan di pentas dunia.

Katanya, sehingga hari ini dia masih tidak percaya kisah suka duka yang dilaluinya bagi menjadi pemain utama dunia kini sudah difilemkan dan bakal ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Sampai sekarang saya masih tidak percaya cerita saya akan menjadi filem. Saya harap filem ini mampu memberi inspirasi kepada pemain muda yang berjaya di pentas tertinggi.

"Filem ini menjadi bukti terhadap pengorbanan yang saya lakukan selama 19 tahun bergelar pemain kebangsaan untuk mencipta kejayaan di pentas dunia.

"Saya mahu semua tahu apa yang saya lakukan selama ini adalah demi mengharumkan nama Malaysia.

"Saya juga berharap filem ini dapat membuatkan ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak yang berminat dengan badminton untuk terus bekerja keras bagi mencapai kejayaan" kata Chong Wei.

Penonton yang hadir menyaksikan tayangan perdana itu dipertontonkan menerusi  skrin gergasi bersaiz 40 meter lebar dan 17m tinggi.

Lebih menarik, penonton yang hadir menjadi orang pertama yang menyaksikan filem berkenaan versi 'Director Cut' berdurasi 133 minit yang tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam.

Antara yang hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria;  legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek; Datuk Seri Jalani Sidek dan Rahman Sidek.

Filem arahan Teng Bee itu mengisahkan kehidupan awal Chong Wei yang penuh liku sebelum berjaya muncul sebagai pemain badminton nombor satu dunia.

Ia membariskan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor yang membawa watak jurulatih Chong Wei iaitu Misbun; pelakon Singapura, Mark Lee (sebagai bapa, Lee Ah Chai); Yeo Yann Yann (sebagai ibu, Khor Kim Chooi); Ashley (sebagai isteri, Datin Wong Mew Choo) dan Tosh Chan membawa watak Chong Wei.

Acara dimulakan dengan upacara karpet merah yang diserikan dengan kehadiran barisan pelakon tetamu kehormat termasuk Chong Wei sebelum sesi soal jawab bersama pemain berusia 36 tahun itu.

Nabila Razali dan Priscilla Abby yang diberi tanggungjawab menyanyikan lagu tema filem berkenaan turut membuat persembahan dengan lagu berjudul 'Cahaya Juara'.

Source : https://www.bharian.com.my/

Thursday, March 8, 2018

Izzati 'tewas' dikelilingi peminat Jamal

Izzati 'tewas' dikelilingi peminat Jamal
Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah bersama Isteri, Datin Zai Izatti Khiruddin, 24 bergambar ketika hadir pada sidang media "Luncheon with The Star" pada 25 April di Hotel Tenera. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
Izzati 'tewas' dikelilingi peminat Jamal
Oleh Hanisah Selamat
hanisah@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bersuamikan Raja Pop yang cukup dikenali dengan vokal 'jantan', Datin Zai Izzati Khiruddin, isteri kepada Datuk Jamal Abdillah, pasti perlu membiasakan diri apabila insan tersayang dikerumuni peminat.

Itulah yang dialami Izzati, 24, apabila kali pertama berdepan dengan peminat fanatik suaminya di sebuah acara, pada awal perkahwinan mereka.

Izzati mengaku terkejut apabila suami diasak peminat yang mahu merakamkan foto kenangan.

"Seorang peminat wanita tiba-tiba menyuruh saya beranjak ke tempat lain. Dia beritahu mahu bergambar dengan suami, bukannya saya.

"Saya terkejut dengan reaksi wanita itu kerana belum terdedah dengan situasi seumpama itu.

"Tapi apabila difikirkan semula, tiada apa yang perlu dirisaukan. Ini kerana abang (Jamal) sudah memaklumkan mengenai perkara itu lebih awal," katanya kepada BH Online.

Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah dan Jamal, bernikah di Ipoh, Perak pada 1 April 2017.

Tidak mengambil hati dengan insiden itu, Izzati memberitahu, dia belajar memahami hakikat suaminya adalah milik masyarakat. Namun, di rumah, Jamal adalah miliknya.

Sementara itu, Jamal berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Izzati mengenai kemungkinan dirinya berdepan peminat yang ramai.

"Ketika kejadian itu, saya mahu lihat sejauh mana dia dapat menerimanya. Isteri tampak tenang, tapi di rumah dia bertanya mengenai situasi itu.

"Jadi saya terangkan semula supaya dia lebih faham. Daripada situ, saya nampak penerimaannya. Namun, saya akan tetap menjaga perasaannya sebagai insan paling dekat dalam hidup saya," katanya.

Source : https://www.bharian.com.my