![]() |
PEMAIN Malaysia tewas 2-7 dengan England dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 di Stadium Azlan Shah, Ipoh. - Foto Effendy Rashid |
Malaysia kena belasah
Oleh Azizan Hashim
sukanteam@nstp.com.my
IPOH: Skuad hoki negara mengalami detik paling malang apabila dimalukan dengan kekalahan besar 2-7 kepada England di kejohanan Piala Sultan Azlan Shah sebentar tadi.
Pasukan Three Lions langsung tidak menunjukkan belas kasihan kepada Malaysia apabila meledak tujuh gol, sebelum membenarkan tuan rumah menjaring dua gol ketika perlawanan berbaki 10 minit melalui Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (m-50) dan Marhan Jalil (52).
Jangkaan awal Malaysia mampu mengulangi persembahan mantap seperti ketika mengejutkan juara Olimpik Rio, Argentina nyata jauh meleset.
Sebaliknya, anak buah Stephen Van Huizen gagal menyekat lawan yang bermain cemerlang untuk mengutip mata penuh sekaligus mara ke final bertemu Australia, malam esok.
Manakala, Malaysia kekal di kedudukan keempat selepas mengutip enam mata dan akan bertemu Argentina untuk penentuan tempat ke-3, petang esok.
Walaupun mendapat sokongan padu 5,000 penyokong, tetapi ia masih tidak dapat membantu menkngkat permainan skuad negara.
Sebaliknya, malapetaka menimpa apabila pintu gol Malaysia bolos tiga kali dalam tempoh lima minit terakhir suku pertama berikutan kelemahan benteng yang menyaksikan Mark Gleghorne meledak gol pertama pada minit ke-10.
Seminit kemudian, Ollie Willars menjadikan kedudukan 2-0, diikuti jaringan Barry Middleton pada minit 15.
England nyata belum berpuas hati dan terus mengamuk apabila anak buah Bobby Crutchley meledak empat gol lagi melalui Middleton (31), Sam Ward (38, 41) dan Willars (48).
Source : https://www.bharian.com.my/
EmoticonEmoticon