Jae-sung meninggal dunia
SEOUL: Bekas pemain badminton Korea Selatan, Jung Jae-sung yang memenangi pingat gangsa beregu lelaki pada Olimpik London 2012 meninggal dunia pada usia 35 tahun, kata Persatuan Badminton Korea, hari ini.
Jae-sung ditemui mati oleh isterinya di kediaman mereka, pagi tadi tetapi punca kematian masih belum diketahui kerana bedah siasat hanya akan dijalankan, esok.
Yonhap News yang memetik pihak polis tempatan berkata, Jae-sung didapati menghidap penyakit arrhythmia tiga tahun lalu dan mengadu mengalami sakit dada.
Jae-sung yang berpasangan dengan Lee Yong-dae meraih gangsa pada Olimpik London, selepas melakar kemenangan ke atas beregu Malaysia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
Kematian pemain yang dianggap antara legenda Korea Selatan ini nyata mengejutkan arena badminton dunia.
Sementara itu, bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berkata: "Ini adalah berita sedih. Saya ucapkan takziah kepada isteri dan dua anaknya." - REUTERS
Source : https://www.bharian.com.my/

EmoticonEmoticon