Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts

Wednesday, January 11, 2017

Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem Meninggal Dunia

Dengan penuh kesedihan dan dukacita adalah dimaklumkan bahawa YAB Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem telah kembali ke Rahmatullah pada jam 1.20 tengahari tadi di Hospital Jantung Samarahan.satu kehilangan besar bagi negara Sarawak
Berita Mendukacitakan bagi seluruh negara Sarawak

Sarawak, 11 Jan - Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengahhari tadi di Institut Jantung Negara(IJN) Samarahan.

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dengan berkata: "Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga serta rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke Rahmatullah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Al Fatihah."


Selain itu, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman turut mengucapkan takziah di Twitternya sebentar tadi.

"Takziah atas pemergian YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem. Al-Fatihah", tulis beliau.


Arwah meninggal dunia 14 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Al-Fatihah.




Sunday, September 18, 2016

Antara sebab utama kenapa Allahyarham Datuk Haron Din dikebumi di Amerika Syarikat


Anak jelaskan kenapa Haron dikebumi di AS

Anak Allahyarham Datuk Haron Din, Dr. Huda Haron, hari ini menjelaskan sebab-sebab mengapa ayahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore di San Francisco, California, Amerika Syarikat, semalam.

Faktor utama mereka membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah pendakwah dan tokoh perubatan Islam terkenal itu di Amerika adalah setelah mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu arwah dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia.

Sambil memohon maaf, Huda melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya pada pukul 8.30 pagi ini berkata, beliau bersama empat adik-beradiknya yang lain iaitu Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana serta ibu mereka, Datin Khadijah Salleh sepakat membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira banyak faktor.


Faktor utama mereka membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah pendakwah dan tokoh perubatan Islam terkenal itu di Amerika adalah setelah mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu arwah dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia.

“Berat sungguh keputusan yang terpaksa kami ambil untuk semadikan jasad baba di bumi asing. Namun, ketentuan Allah tidak dapat kami sanggah dan terpaksa bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.

“Semasa hayat baba, teri­ngat suatu ketika, hendak bawa jenazah dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjam-jam, malah berhari-hari dalam peti ais. Selain itu perlu melalui embalm (pe­ngawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf.

“Banyak kali kuliah dan pesanan baba. Perlu disimpan (disemadikan) di tempat di mana malaikat datang menjemputnya. Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan membawa pulang (jenazah Allahyarham), tapi jangka masa tujuh hari adalah sesuatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya,” katanya.

Dalam nukilan yang penuh emosi itu Huda mengakui, hatta jika ditanya hati kecilnya sendiri yang mementingkan diri sendiri, memang beliau mahu ba­panya yang juga Musyidul Am Pas itu sentiasa ‘dekat’ bersama-samanya sentiasa.

“Supaya ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita, Biar kita mampu ziarah (pusaranya) hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada di hadapan mata. Itulah kehendak kita dan saya rasa itulah juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.


ISTERI Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Datin Khadijah Salleh menyiram air ke pusara pendakwah dan tokoh perubatan Islam itu di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, San Francisco, California, Amerika Syarikat.












“Tapi adakah keputusan itu tepat untuk baba? Menyegerakan pengendalian dan penyenggaraan jenazah juga dituntut syarak. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah! Maafkan kami seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Huda turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khususnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersusah-payah membantu menga­turkan pesawat persendirian bagi membawa pulang jenazah ayahnya ke tanah air.

Sementara itu, Cucu Allahyarham, Hakeem Hamdi yang mengimamkan solat jenazah ghaib di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dekat sini semalam, melahirkan rasa kagum dan bangga dengan keperibadian datuknya.

Ucapan itu dapat dibaca dalam akaun Facebook milik Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din (official) yang dimuat naik pukul 8.30 pagi ini.

“Tokwan (Allahyarham Dr. Haron Din), anda merupakan guru yang hebat. Sehingga ke saat akhir, tokwan masih me­ngajar kami tentang solat jenazah ghaib, penjagaan jenazah, khalifah, taman syurga, kesatuan keluarga dan lain-lain.



“Tokwan, mesti tokwan bangga dengan keluarga tokwan. Kami telah melakukan segalanya yang mampu walaupun ketika kami sedang bersedih dan menangis,” katanya yang turut mendoakan al-Fatihah kepada datuknya itu.

Thursday, June 9, 2016

Sekitar Majlis Solat Jenazah Dan Penghormatan Terakhir Kepada Muhammad Ali

Ribuan dijangka sertai solat jenazah Muhammad Ali

LOUISVILLE: Ribuan orang dijangka menyertai solat jenazah legenda tinju, Muhammad Ali, hari ini sebelum pengebumian esok.

Tempat kelahiran Ali di Louisville, Kentucky, akan menganjurkan upacara penghormatan yang membawa individu penting dari seluruh dunia serta peminat ke bandar dengan 600,000 penduduk itu.

Ali, bekas juara tinju heavyweight dunia tiga kali yang mana kerjaya dan kegiatan aktivis hak asasi manusia menjadikannya tokoh paling terkesan kurun ke-20, meninggal dunia minggu lalu pada usia 74 tahun selepas berdekad bergelut dengan penyakit Parkinson.

Dilahirkan sebagai Cassius Clay ketika zaman pengasingan kaum di selatan AS, peninju itu memeluk Islam pada 1964 dan menukar nama kepada Muhammad Ali.

Solat jenazah 30 minit akan diadakan di arena Freedom Hall di sini, tapak pertarungan terakhir Ali di bandar kelahirannya, di mana Allahyarham mengalahkan Willi Besmanoff pada 29 November 1961.

"Allahyarham akan dikebumikan cara Islam," kata Imam Zaid Shakir, yang membantu menguruskan jenazahnya.

Potret Allahyarham Muhammad Ali kelihatan bersama jambangan bunga di tugu peringatan Muhammad Ali Centre di Louisville, Kentucky. - Foto AFP

Antara yang dijangka hadir memberi penghormatan terakhir kepada Ali adalah pelakon Will Smith; bekas juara tinju heavyweight, Lennox Lewis; bekas Presiden AS, Bill Clinton; pelakon komedi, Billy Crystal; dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. - AFP