Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Sunday, November 13, 2016

Lawak! Pakar Dedah Bahasa Tubuh Janggal di Pertemuan Terakhir antara Donald Trump dan Barack Obama

Pakar Bahasa Tubuh Memberitahu Apa yang Trump dan Obama Sedang Fikirkan Sebenarnya
Pakar Bahasa Tubuh Memberitahu Apa yang Trump dan Obama Sedang Fikirkan Sebenarnya

Selepas Donald Trump dan Barack Obama mengadakan perjumpaan di White House, mereka saling memberikan maklum balas yang positif.

Obama mengatakan 'cemerlang' manakala Trump mengatakan mereka berdua mempunyai 'hubungan yang hebat'.

Namun, menurut pakar, Patti Wood, ekspresi wajah dan pergerakan tangan mereka menyatakan kisah yang berbeza dan sangat kekok.

Patti Wood mengatakan ianya berkaitan dengan 'alpha game' (sifat seorang pemimpin secara semulajadi) dan Obama telah menang dengan meletakkan kakinya lebih luas berbanding Trump.



Jika anda lihat ke tangan mereka yang berada dalam 'posisi berdoa ke bawah', ia bermakna seseorang itu berada dalam keadaan ragu-ragu tetapi mereka kelihatan tenang. Pakar menerangkan bahawa Obama tidak dapat menyembunyikan yang dia tidak sepenuhnya yakin dengan pilihan rakyat Amerika.

Wood juga mengatakan cara Obama meletakkan tangannya atas kaki menandakan perasaan bosan.



Ketika Obama memberikan kenyataan, dia 'terdorong' dengan semangat Trump yang ingin berhadapan dengan masalah yang dihadapi oleh negara. Namun, Wood berkata mata Obama menyampaikan yang sebaliknya.

"Ada bahagian yang dia berkata dia telah didorong (dengan semangat Trump). Ketika dia mengucapkannya, dia menutup matanya. Saya menyebut keadaan itu sebagai halangan mata. Yang mana memberitahu saya yang dia tidak benar-benar merasakan terdorong," kata Wood.

Apabila Trump menggenggam tangannya, menunjukkan dia cuba untuk menenangkan dirinya.


Tuesday, November 1, 2016

8 iPhone 7 Untuk Anjing

Anak Billionair Beli 8 iPhone 7 Untuk Anjingnya
Anak Billionair Beli 8 iPhone 7 Untuk Anjingnya

VICTORIA - HONG KONG . Anak tunggal kepada lelaki terkaya di China mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan lapan iPhone 7 untuk anjing peliharannya ketika orang ramai masih lagi bersusah payah untuk mendapatkan telefon terbaru keluaran Apple itu.

Laporan dari Dailymail menyebut, Wang Sicong menghadiahkan iPhone itu kepada anjing baka Alaskan Malamute yang dinamakan Coco.

Beberapa gambar Coco posing bersama kelapan-lapan kotak iPhone itu dimuat naik di media sosial Weibo seterusnya mencetus pelbagai reaksi dari netizen.

Coco bersama iPhone 7 nya
Bersama foto itu, turut dimuat naik kapsyen "Tak pasti apa orang ramai menunjuk di Moments! Tak ada apa-apa untuk ditunjukkan, jadi saya(Coco) terpaksa mengambil tindakan".

Tahun lepas, Wang pernah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila memakaikan dua jam Apple Watches yang bernilai lebih RM153,255.85 untuk anjingnya.

Wang dikenali penduduk tempatan sebagai 'orang kaya generasi kedua' iaitu anak atau waris keluarga kaya-raya atau 'tycoon' yang suka menunjuk-nunjuk.

Apple Watch yang dipakai oleh Coco
Wang, yang juga seorang pelajar di Winchester College kini sudah bernilai lebih RM2 billion.

Wang Sicong
Sumber : Dailymail


Monday, October 31, 2016

Gara-gara terkentut Bilik Pembedahan Hospital terbakar!

Pesakit Melecur Teruk Apabila Bilik Pembedahan Terbakar Selepas Dia Terkentut
Gara-gara terkentut Bilik Pembedahan Hospital terbakar!

Seorang pesakit melecur teruk akibat kebakaran yang dipercayai berpunca dari kentutnya, kata Tokyo Medical University Hospital di Shinjuku Ward.

Kejadian aneh itu berlaku ketika pesakit terbabit sedang menjalani pembedahan di bilik pembedahan, lapor akhbar tempatan Jepun, Asahi Shimbun.

Kebakaran tersebut berlaku di hospital universiti di Tokyo itu pada 15 April lepas. Pesakit yang berusia 30-an itu sedang menjalani pembedahan yang memerlukan penggunaan laser di bahagian serviksnya.


Pertembungan antara kentut yang dikeluarkan oleh pesakit terbabit dan laser menyebabkan api tercetus seterusnya membakar tubuhnya termasuk di bahagian pinggang dan kaki.

Satu jawatankuasa pakar luar yang memeriksa kes itu dalam satu laporan yang dikeluarkan pada 28 Oktober lalu berkata tiada bahan-bahan mudah terbakar berada di dalam bilik operasi itu ketika pembedahan.

Laporan itu juga menyebut bahawa peralatan operasi berfungsi secara normal.

"Apabila kentut pesakit itu terlepas ke dalam ruang dalam bilik operasi, ia menyebabkan percikan api apabila terkena pancaran laser. Api itu kemudiannya merebak sehingga membakar tabir seterusnya mengakibatkan kebakaran besar.", kata laporan terbabit.

Bila manusia sanggup Tukar Nama gara-gara Iphone 7!

Lelaki ini Tukar Nama Kepada 'Iphone 7' Selepas Kedai Elektronik Buat Promosi iPhone 7 Percuma
Lelaki Tukar Nama Kepada 'Iphone 7' Selepas Kedai Elektronik Buat Promosi iPhone 7 Percuma

Seorang lelaki warga Ukrain bertindak menukar namanya secara rasmi kepada 'Iphone 7' selepas sebuah kedai elektronik di sini membuat promosi untuk menghadiahkan telefon pintar terbaru keluaran Apple itu kepada lima orang pertama yang sanggup menukar nama mereka kepada nama telefon terbabit.

Seorang lelaki warga Ukrain bertindak menukar namanya secara rasmi kepada 'Iphone 7' selepas sebuah kedai elektronik di sini membuat promosi untuk menghadiahkan telefon pintar terbaru keluaran Apple itu kepada lima orang pertama yang sanggup menukar nama mereka kepada nama telefon terbabit.

iPhone 7 (iPhone сім dalam bahasa Ukraine), 20, berjaya menebus telefon itu pada hari Jumaat lalu.

Menurut iPhone 7 atau nama asalnya, Olexander Turin, dia mungkin akan menukar semula namanya selepas dia mempunyai anak.

Di Ukraine, harga iPhone 7 bermula pada US$850 (RM3,572) dan kos untuk menukar nama cuma $2 (RM 8).

Pada mulanya keluarga dan rakan iPhone 7 terkejut dengan keputusan itu namun mereka menyokongnya - mungkin disebabkan ia satu bisnes yang berbaloi.

Adiknya, Tetyana Panina berkata: "Pada mulanya susah untuk menerima dan percaya ianya benar"

"Setiap orang di dunia ini mempunyai cara tersendiri untuk mengekspressi diri masing-masing. Kenapa tidak dengan cara ini?", katanya.

iPhone 7 merupakan individu pertama yang menukar namanya kepada telefon terbaru Apple itu.


Semua yang hijau berjaya menerima iPhone selepas menukar nama mereka. Yang bercop merah pula gagal kerana dipercayai menggunakan pasport palsu. 





Saturday, December 26, 2015

Johor Gempar! Budak bawa pistol ketika Solat Zohor


RABU, 23 DISEMBER 2015 - 1.30PM

Gempar...seorang 'pemuda' dipercayai membawa masuk pistol dalam masjid..haha

SEBUAH surau di Kulai, Johor digemparkan ketika mahu memulakan solat zohor tengahari tadi apabila seorang lelaki berpistol memasuki saf dan solat sebaris dengan saf kanak-kanak.

Kegemparan itu berlaku kerana lelaki tu tidak memakai uniform anggota keselamatan dan saiz pistol yang dibawanya agak tidak sepadan. Dia hanya memakai seluar jeans dan baju berbelang kuning/turqouise.

Semua jemaah meneruskan solat seperti biasa. Selepas memberi salam, lelaki tu didapati telah tiada ditempatnya. Sehingga kini lelaki itu tidak dijumpai dan kes masih disiasat.