Showing posts with label Berita Hilang Akal. Show all posts
Showing posts with label Berita Hilang Akal. Show all posts

Thursday, August 31, 2017

Polis ditembak mati di Balai Polis Subang Jaya

RIP - Mayat mendiang Tuan Valentino Mesa tiba di Lapangan Terbang Sibu semalam. Mayat mendiang akan dibawa ke Pakan Sarikei untuk adat penghormatan terakhir sanak saudara dan sahabat handai.
1 Sept,2017

Kerja menjaga keamanan hingga hujung nyawa. Salam takziah buat keluarga mendiang Velentino Mesa.

Shah Alam – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal sempat mengemaskini status di laman Facebook miliknya beberapa jam sebelum dia ditemui mati di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, hari ini.

Dalam kemaskini tersebut, mangsa yang hanya dikenali sebagai Valentino Mesa memberitahu dia sterpaksa bertugas ketika cuti umum iaitu pada 4 September depan.

Dia juga turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada rakan-rakan di media sosial miliknya itu.

“Isnin cuti!!!!..tapi aku kerja juga, jadi sama je pun…hahaha. Selamat Hari Kebangsaan,” tulis Mesa di laman Facebook.


Dalam kejadian itu, Mesa yang bertugas di kaunter pertanyaan ditemui mati jam 3.30 pagi dengan kesan tembak dan tetak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, siasatan sedang dijalankan di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat sebenar dan motif kejadian.



"Suspek Pembunuhan Anggota Polis Berasal Sibu Ditahan"


SIBU: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan awal pagi ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor yang mengesahkan perkara itu berkata sebelum itu suspek yang berasal dari Sibu dipanggil beri keterangan pada sebelah malam.
"Suspek akan dipohon untuk reman pagi ini. Ia adalah proses siasatan yang dilakukan mengikut peruntukan siasatan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau tidak mahu orang ramai membuat sebarang spekulasi ke atas penahanan ini kerana akan menjejaskan siasatan sepertimana tular sebelum ini.

Valentino yang bertugas sendirian, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat di Balai Polis Pinggiran USJ, pada 3.25 pagi semalam.

Kejadian disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang kembali ke balai terbabit selepas selesai rondaan.


RIP.
Mayat mendiang Tuan Valentino Mesa baru saja sampai di Lapangan Terbang Sibu sebentar tadi. Mayat mendiang akan dibawa ke Pakan Sarikei untuk adat penghormatan terakhir sanak saudara dan sahabat handai.

.


.

Thursday, April 13, 2017

Ketua Kumpulan Abu Sayyaf Terbunuh!

Abu Rami (gambar) atau Muamar Askali merupakan anggota tertinggi kumpulan Abu Sayyaf berada dalam senarai individu dikehendaki oleh Malaysia dan Filipina.
Gambar Ketua Kumpulan Abu Sayyaf Terbunuh Didedah

Pihak berkuasa Filipina mendedahkan gambar ketua Abu Sayyaf Abu Rami yang dibunuh di Bohol, Filipina.

Gambar tersebut turut menemui terdapat pin bendera IS di dadanya.

Pasukan keselamatan Filipina terpaksa membunuh pemimpin Abu Sayyaf itu yang sebelum ini selalu muncul dalam rakaman beberapa video hukuman mati tebusan.


Abu Rami merupakan salah seorang daripada lima lelaki bersenjata yang terbunuh dalam pertempuran di Bohol, di tengah Filipina pada Selasa.


Ketua Bahagian Risikan Pejabat Polis Central Visayas, Supritendan Kanan Jonathan Cabal mengesahkan kematian Abu Rami.

Kematiannya telah digambarkan sebagai satu lagi tamparan hebat kepada kumpulan pengganas itu yang bertanggungjawab dalam puluhan kes penculikan di Sabah.

Kira-kira 60 lelaki bersenjata termasuk pemimpin Abu Sayyaf itu telah memasuki wilayah Bohol dan berdepan dengan pasukan keselamatan.

Sekurang-kurangnya sembilan orang – lima militan, tiga anggota tentera dan seorang anggota polis – terbunuh dalam pertempuran senjata api, yang berlaku di kampung pergunungan Napo di bandar Inabanga.

Wilayah Bohol terletak berjauhan daripada pengkalan pengganas yang berada di selatan kawasan hutan, namun Kerajaan Amerika Syarikat telah memberi isyarat bahawa kumpulan bersenjata itu mungkin menjalankan aktiviti penculikan di sana.

Anggota lain Abu Sayyaf yang diketuai Abu Rami itu dipercayai telah melarikan diri Pulau Jolo berikut serangan intensif oleh tentera Filipina..

Thursday, March 16, 2017

Kes pandu lawan arus: Model sambilan didakwa Mengaku tidak bersalah

CINDY NG PEI VEN yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan enam buah kenderaan dan mengakibatkan seorang pemandu maut berdekatan Permatang Pauh baru baru ini diiringi polis untuk didakwa atas kesalahan berkaitan dadah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Pulau Pinang di sini hari ini.
"Arwah Seperti Dibunuh Dengan Sengaja, Saya Akan Saman," - Bapa

Mengaku tidak bersalah......

BUKIT MERTAJAM: Seorang model sambilan yang memandu melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth di Lebuhraya Utara Selatan, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengambil dadah jenis syabu, Selasa lalu. Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap, sejurus pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Pei Ven didakwa memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badan di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perai Tengah di sini, kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Md Azman Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Jamaliah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya tertuduh melapor diri seminggu sekali di balai polis berdekatan.

Bagaimanapun, hakim menolak permohonan menggantung lesen memandu tertuduh kerana pendakwaan hari ini dilakukan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula. Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi Selasa lalu, Pei Ven memandu melawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth, Lebuhraya Utara-Selatan, sebelum merempuh sebuah PERODUA Kelisa dan menyebabkan kematian pemandunya, Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun.
ANGGOTA polis mengiringi Ng Pei Ven, (dua dari kanan) ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, atas tuduhan dadah di bawah Seksyen 15 (1) ADB.

SUNGAI PETANI: Berikutkan kemalangan yang mengorbankan Mohamad Fandi Rosli dalam kejadian kemalangan semalam, keluarga Allahyarham dilaporkan akan menyaman pemandu Proton Gen-2 yang melawan arus berkenaan, lapor Berita Harian.

Bapa mangsa, Rosli Lin, 57 berkata, segalan keputusan yang dibuat berkenaan telah pun dipersetujui keluarganya selepas mereka merasakan pemandu Proton Gen-2 yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, perlu bertanggungjawab atas kematian anak sulungnya itu.

"Kami akui apa yang terjadi adalah suratan takdir, namun kematian anak saya perlu pembelaan dan individu yang bertanggungjawab itu perlu mendapat hukuman yang setimpal."

"Kemalangan yang berlaku bukan kemalangan biasa, tetapi ia disengajakan dan kami merasakan anak kami seperti dibunuh dengan sengaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Pinang di sini, sebentar tadi.


Menurut beliau lagi, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu tersebut supaya ia menjadi pengajaran kepada pemandu lain.

"Ini kerana tindakan beliau yang memandu laju dan melawan arus bukan tindakan yang boleh dimaafkan hingga menyebabkan kematian satu-satunya anak lelaki saya," tegas beliau.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dalam satu kenyataan medai berkata, hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 19 tahun itu, berada dalam pengaruh alkohol dan dadah sehingga dia bertindak luar jangka.

Menurut beliau, suspek yang berasal dari Taman Desa Murni sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun terlajak sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua.

"Suspek yang baru pulang minum di sebuah kelab bersama rakannya mendakwa ternampak sebuah lori di hadapannya menyebabkannya bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga bergesel dengan tiga kenderaan di situ. 

"Suspek kemudian memandu laju kenderaannya secara melawan arus dalam jarak lima kilometer sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengakibatkan lelaki itu maut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT, di sini, hari ini.

Semalam, Mohamaf Fandi memandu kereta Perodua Kelisa sedang dalam perjalanan pulang dari kerja sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu melawan arus menyebabkan beliau masut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.


Thursday, November 17, 2016

Skandal Lin Dan Kantoi Curang Dengan Wanita lain

Lin Dan 'Kantoi' Curang Dengan Wanita Misteri? Sumber Foto: Detective Zhao Weibo
Skandal Lin Dan Kantoi Curang Dengan Wanita Misteri

Pemain terkenal badminton China, Lin Dan ketahuan curang bersama seorang wanita.

Seorang pengguna laman web Weibo yang menggunakan nama sebagai Famous Detective, Zhao Wu Er telah mendedahkan perbuatan Lin Dan dengan wanita tersebut sedang berpegangan, makan bersama, berpelukan mesra dan melakukan perbuatan sumbang pada pertengahan September lepas.


Pada bulan Oktober, Lin Dan telah pergi ke Guangzhou untuk menyertai sebuah pertandingan, dan wanita tersebut didapati datang ke hotel 5 bintang tempat Lin Dan menginap untuk berjumpanya sendiri.


Zhaou Wu Er juga berjaya mendapatkan rakaman video pasangan tersebut sedang berpelukan dan meraba punggung.


Menurut laporan, wanita tersebut dikenali sebagai Zhao Ya Qi, seorang pelakon China yang juga pemenang Miss Tourism World China.


Monday, November 7, 2016

Gadis MATSURI Takahashi berusia 24 tahun bunuh diri sebab Kerja Lebih Masa

Kerap kerja lebih masa antara punca tekanan, bunuh diri
Gadis MATSURI Takahashi berusia 24 tahun bunuh diri sebab Overtime

Tindakan seorang pekerja membunuh diri mendorong salah satu syarikat pengiklanan terbesar Jepun melaksanakan undang-undang baharu yang menetapkan pejabat perlu ditutup pada jam 10.00 malam setiap hari.

Matsuri Takahashi, 24 tahun, terjun dari pangsapurinya di tingkat empat berikutan tekanan kerana terpaksa kerap bekerja lebih masa. Langkah itu diambil bagi menghalang pekerja daripada terus menjalankan tugas sehingga lewat malam.


Dalam temubual, pakar psikologi dan pengarah Institut Psikologi Gunaan di Sekolah Tinggi Ekonomi, Guli Bazarova, memberi komen mengenai isu itu dan menjelaskan mengapa negara maju dan berteknologi tinggi seperti Jepun tidak dapat menangani isu gila kerja.

Menurut Bazarova, alasan utama dalam tradisi budaya Jepun berdasarkan mentaliti ketaatan.

Wujud kebimbangan keterlaluan untuk membuat kesilapan, untuk gagal.


"Rakyat Jepun memberi yang terbaik ketika bekerja dan tidak boleh berehat.

Teknologi Jepun berkembang setiap hari dan pekerja faham jika mereka melakukan kesilapan, ia akan menjejaskan keseluruhan syarikat," katanya.


Berikutan kejadian itu, syarikat Dentsu menjadi subjek kepada pelbagai pemeriksaan, dan ketika siasatan semakin jelas kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.


Jepun adalah antara segelintir negara yang mengumpulkan statistik khas mengenai 'kematian bekerja berlebihan.' Punca utama kematian seumpama itu adalah serangan jantung dan strok yang disebabkan tekanan. - AGENSI

Wednesday, November 2, 2016

Bila Lelaki Kaya Beli 10 iPhone 7 dan Musnahkannya!

(Video) Lelaki Kaya Beli 10 iPhone & Hancurkannya Dalam Kedai Selepas Berang Pekedai Kata: 'Kalau Ada Duit Beli Telefon Baru, Kalau Tak Baiki di Kedai Lain'
Bila Lelaki Kaya Beli 10 iPhone dan Musnahkannya

Seorang lelaki di China bertindak menghancurkan 10 buah iPhone 7 selepas tidak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh sebuah kedai telefon di negara stersebut.

Tidak pasti bagaimana keadaan mula menjadi tegang, namun menurut portal World of Buzz, kejadian difahamkan berlaku apabila pihak kedai berkenaan enggan membaiki iPhone miliknya dan kedengaran di dalam video kejadian dialog seperti ini:

"Baiki apa? Kalau ada duit beli telefon baru sahaja. Kalau tak ada, pergi kedai lain untuk baiki".


Lelaki itu kemudian bertindak membeli 10 iPhone di kedai tersebut dan memecahkannya.

"Saya nampak kamu ada banyak iPhone dalam kedai ni. Saya nak beli semuanya".

Pada mulanya jurujual kedai itu hanya menyangka lelaki berkenaan hanya bermain-main, lalu berkata mereka mempunyai 10 buah iPhone, yang berjumlah 63,000 Yuan (RM38,900).

Namun mereka terlopong apabila lelaki berkenaan mengeluarkan wang tunai dan membayar kesemua iPhone itu sebelum memecahkan semuanya menggunakan tukul.

Pelanggan berang itu membeli kesemua 10 iPhone guna tunai.
Selepas kesemua iPhone itu dirosakkan, pelanggan yang berang itu kelihatan seperti mahu menyerang kaunter kedai itu pula.

Empunya kedai itu kemudian berkata: "Saya tak fikir kamu boleh hancurkan seluruh kedai saya".

Pelanggan itu kemudian bertanya: "Berapa harga kedai ini?".

Empunya kedai itu kemudian menjawab: "500,000 Yuan (RM308,000).

Pembantu pelanggan berang itu kemudian pergi mengambil wang dan setelah wang sampai, pelanggan berkenaan mula bertindak memecah dan merosakkan kedai tersebut.

Pelanggan berkenaan menunggu wang sampai sebelum memecahkan kaunter kedai tersebut.



Tuesday, November 1, 2016

Harga Minyak Masak Dalam Botol di Malaysia curi Tumpuan

Pengguna Mula Rasa Beban Dan Tertekan, Ada Sesetangah Minyak Masak Dalam Botol Naik Begitu Mendadak
Kesempitan Harga Minyak Masak Dalam Botol di Malaysia curi Tumpuan

Nampaknya pembatalan subsidi minyak masak oleh kerajaan telah mula dirasai oleh rakyat di mana berdasarkan tinjauan dan luahan rakyat sendir ada sesetangah minyak masak naik sehingga 60 peratus, lapor Malaysiakini.

Harga minyak masa Red Eagle untuk botol 5kg naik dari RM14.70 kepada RM23.70 – peningkatan RM9 atau 61.2 peratus, lapor Sin Chew Daily.

Harga botol 1kg jenama sama baik sebanyak RM2.05 (57 peratus) sementara botol 2kg pula naik RM3.35 (46 peratus).

Pengerusi eksekutif syarikat pengeluar minyak sawit Yee Lee Corporation Bhd, Lim Kok Cheong memberitahu Sin Chew Daily bahawa harga ditentukan berdasar harga minyak sawit.

“Ia nampak macam inflasi, tetapi hakikatnya, ia mencerminkan harga pasaran minyak sawit,” kata .

Kerajaan tidak lagi memberi subsidi pada semua jenis minyak masak, kecuali paket 1kg yang dijual pada harga RM2.50.

Memetik laporan Sinar Harian pula, hasil tinjauan mereka di beberapa kawasan, rak yang biasanya dipenuhi botol-botol minyak pelbagai saiz kini kosong, menyebabkan pengguna bingung kehabisan minyak masak untuk kegunaan harian.

Untuk minyak masak paket plastik satu kilogram amat sukar untuk diperoleh dan hanya boleh di dapati kedai-kedai runcit namun dalam jumlahnya terhad.

Mereka difahamkan bahawa bekalan minyak masak kini dalam proses penghantaran dan hanya dibekalkan ke kawasan yang benar-benar memerlukan.


Sesetengah peniaga pula mendakwa, pengeluar minyak bertindak menyimpan bekalan minyak sedia ada untuk beberapa hari ini sehingga harga minyak naik, bermula semalam.

Hasil tinjauan mereka juga ternyata membukti bahawa minyak masak dalam botol 500gram hingga lima kilogram naik antara 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini.

Seorang pengguna dari Klang, Nor Asyikin Mohd Azali, 31, berkata, sejak beberapa minggu lalu, bekalan minyak masak memang susah didapati di pasar raya.

“Ada yang mengatakan stok tak ada. Segelintir peruncit pula hanya membenarkan setiap pelanggan beli satu pek minyak masak sahaja. Ia memang menyusahkan dan membuatkan pengguna tertekan,” katanya.

Noreen Azleen Mahmodah, 31, pula berkata, minyak masak dijual dengan harga jauh lebih tinggi berbanding biasa.

"Ada minyak masak botol seberat dua kilogram berharga  RM13.35 sekilogram sebelum ini,  kini dijual RM20,” katanya.

Beliau menambah dengan kenaikan harga minyak masak ini sudah apsti akan memberikan kesan kepada pengguna ditambah lagi dengan kenaikannya serentak dengan harga petrol.

“Kerajaan khususnya KPDNKK perlu mempertingkatkan pemantauan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang lain agar pengguna tidak terus teraniaya,” katanya.

Beliau memmohon agar kerajaan menimbang semua subsidi ke atas minyak masak dalam botol kerana kualitinya dikatakan tidak sama berbanding minyak masak dalam paket plastik.

Sementara itu, Nursabrina Mohd Desa berkata, nasib pengguna bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

“Sudahlah minyak masak naik harga, petrol juga naik harga. Kami rasa terbeban," katanya.